25 February 2015

Hello 2015

Hah.. nampak sangat lama tak update blog... lps bersalin terus bz, tak sempat nak tulis ape² pun...

Kiranya ini pembuka bloh untuk tahun 2015.. hehehe..

Actually mood tu mmg semakin kurang.. Dapat sebln 1 blog pon ok la kot... Bukan ape sayang kat blog nie... Kadang² kite sendiri jugak yang baca kisah² yang dolu dolu..

Nur Qisya Arissa















24 Ocober 2014... My 3rd child...
Selamat dilahirkan di Hospital Klang.. berat 2.4 kg
Alhamdulillah.....
Maka dengan ini cukup lah quota saya.. hehehe...
Target 3 org before 35 thn....

Nak citer pengalaman nombor 3 nie... memang tersangat panjang...
Dipendekkan citer... Admited wad almost 2 weeks before delivery.. Hampir kucar kacir gak la anak kat umah.. Dengan handphone time tu la dia nak buat hal...

High BP, and Diabetic... hmmm so.. cukup² la dah yea.. byk benor penyakitnye... tak sanggup dah teman nak lalui ni sume lagi...

Baby alhamdulillah dr lahir ade jaundis, tapi tak perlu duduk bawah lampu mcm abang Uzair nya dulu...

Now Qisya dah 4 bulan....
Syukur sangat ya Allah... tak ada apa yang lebih menyenang kan hati mommy melihat baby Qisya membesar dengan baik....

Pic latest, with Ucu.



25 October 2014

Baby 3rd : Cronology 2nd and 3rd Trimester

Melalui 2nd trimester adalah seperti biase je... then bila dah masuk 3rd trimester pregnancy kali ni amat memenatkan sungguh... terasa perut ni berat benor nak di bawak... ini pon vitamins dapat membantu la sedikit.. kalau tak.. tido je la keje nye....
Tuzki Rabbit emoticon
Apepon... nasib baik la aku tak kerja... byk waktu boleh berehat...
Cume yang malas tu nak kena kerap ke klinic la...
Sebulan skali mengulang ke HTAR (dalam hati malas sgt nak kesana, sibuk penuh orang)
Tapi ape pon kena la follow arahan kan... hmmm
Tuzki Rabbit emoticon
pastu ke sekolah hari² lagi kan... walau pon dekat je sekolah Sya Sya...
hmm.. camtu la rutin harian...



24 October 2014

Baby 3rd : Apa itu Aspirin

Aspirin atau nama bahan aktif Acetyl Salicylic Acid merupakan ubat yang tergolong dalam kumpulan Non-Steroidal Anti Inflammatory Drug (NSAID). Ubat dari kumpulan NSAID merupakan ubat tahan sakit untuk kesakitan tahap ringan ke sederhana. Aspirin merupakan ubat am yang boleh diperolehi tanpa preskripsi doktor. Buat masa ini, terdapat lebih daripada 20 produk yang mengandungi aspirin berdaftar di Malaysia.
Bila Aspirin Diperlukan?
Fungsi ubat Aspirin adalah seperti berikut :
  1. Sebagai Ubat Tahan Sakit
    Untuk melegakan kesakitan yang dialami akibat pening, sakit gigi, sakit otot, senggugut (period pain) dan sebagainya.
  2. Sebagai Ubat Cair Darah
    Penggunaan aspirin sebagai ubat cair darah perlu melalui preskripsi doktor. Ia berfungsi menghalang pembentukan platelet yang akan menyebabkan pembekuan darah dan seterusnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok. Aspirin digunakan oleh pesakit yang pernah mendapat serangan jantung atau strok, menerima pembedahan jantung (stent atau bypass) serta berisiko tinggi mendapat serangan jantung.
Bagaimana Aspirin Bertindak Dalam Badan?
Aspirin berfungsi mengurangkan penghasilan bahan semulajadi dalam badan iaitu prostaglandin. Aspirin bertindak sebagai perencat enzim cyclooxygenase 1 (COX-1) dan cyclooxygenase 2 (COX-2) yang berfungsi menghasilkan prostaglandin.
Penghasilan prostaglandin menyebabkan pembekuan darah, rasa sakit dan pembengkakan. Oleh kerana tindakan aspirin adalah tidak selektif, kebaikan fungsi prostaglandin iaitu dalam pengekalan ketebalan lapisan perut turut terjejas. Ini menjelaskan kesan sampingan seperti ulser perut, keadaan perut yang tidak selesa dan sebagainya akibat pengambilan aspirin.
Cara Pengambilan Aspirin
Tablet aspirin boleh diambil begitu sahaja dengan segelas air atau dilarutkan dalam segelas air sebelum diminum. Ianya bergantung kepada jenis formulasi tablet aspirin. Anda perlu merujuk kepada label ubat atau doktor dan ahli farmasi bagi mengenalpasti cara pengambilan ubat yang betul. Bagi mengelakkan ulser perut atau keadaan perut yang tidak selesa, aspirin perlu diambil bersama-sama makanan atau selepas makan. Dos aspirin bergantung kepada jenis rawatan.
Dos Pengambilan Aspirin
  1. Tahan sakit
    300mg hingga 900mg setiap 4 hingga 6 jam. Dos maksima adalah 4g sehari. Anda perlu berhenti mengambil Aspirin jika anda masih berasa sakit selepas 10 hari
  2. Cair Darah
    75mg hingga 325mg sehari. Penentuan dos yang sesuai bergantung kepada keperluan dan keadaan pesakit. Pengambilan aspirin setiap hari haruslah mengikut nasihat doktor sahaja. Jika terlupa satu dos, Aspirin perlu diambil sebaik saja ingat. Jangan gandakan dos bagi menggantikan dos yang tertinggal. Jangan berhenti mengambil Aspirin sebelum mendapat nasihat doktor.
Kesan Sampingan Yang Mungkin Dialami?
  • Loya
  • Muntah
  • Sakit perut
  • Pedih hulu hati (heartburn)
Jika anda mengalami kesan sampingan seperti ruam, sesak nafas atau bengkak pada mata, muka, bibir, lidah atau tekak, anda mungkin menghadapi masalah alergi/alahan pada Aspirin. Anda perlu berhenti mengambil Aspirin dan segera berhubung dengan doktor.
Tanda-tanda pengambilan dos Aspirin berlebihan adalah hiperventilasi, berpeluh, bunyi bising di telinga (tinnitus), pekak, badan menggeletar, sawan dan pengsan untuk seketika. Pesakit ini perlu dibawa ke hospital untuk menerima rawatan selanjutnya.
Perkara-Perkara Yang Perlu Diketahui
  1. Aspirin tidak boleh diambil oleh kanak-kanak dan remaja berumur 16 tahun ke bawah. Pengambilan Aspirin oleh golongan ini boleh menyebabkan Sindrom Reye berlaku (keadaan di mana lemak berkumpul di otak, hati dan organ lain).
  2. Aspirin tidak boleh diambil oleh pesakit yang mengalami masalah alergi/alahan pada ubat tersebut. Alergi/alahan pada Aspirin selalu berlaku kepada pesakit asma.
  3. Maklumkan kepada doktor jika anda mengandung (terutama selepas 32 minggu), ingin mengandung atau sedang menyusu. Ini kerana Aspirin mungkin akan memudaratkan bayi dalam kandungan atau menimbulkan masalah ketika melahirkan anak jika diambil selepas kandungan berusia 32 minggu.
  4. Jika anda perlu mengambil Aspirin setiap hari, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambil ubat NSAID yang lain (Ibuprofen, Naproxen dan lain-lain)
  5. Maklumkan kepada doktor jika anda mengandung (terutama selepas 32 minggu), ingin mengandung atau sedang menyusu. Ini kerana Aspirin mungkin akan memudaratkan bayi dalam kandungan atau menimbulkan masalah ketika melahirkan anak jika diambil selepas kandungan berusia 32 minggu.
  6. Maklumkan kepada doktor jika anda pernah mendapat ulser perut, masalah pendarahan seperti penyakit hemophilia serta anemia (kurang darah). Ini penting bagi mengelakkan anda diberi Aspirin sebagai pilihan rawatan.
  7. Aspirin tidak sesuai digunakan untuk rawatan penyakit gout.
  8. Jika anda minum alkohol setiap hari, bertanyalah kepada doktor dahulu sebelum anda mengambil Aspirin sebagai ubat tahan sakit.
  9. Bertanyalah kepada doktor atau ahli farmasi sebelum mengambil Aspirin sekiranya anda mengambil pil makanan tambahan (dietary supplement) seperti Evening Primrose Oil, Ginkgo, Fish Oil (Omega-3 Fatty Acid), Danshen, Dong Quai dan lain-lain.
  10. Aspirin harus disimpan dalam pembungkusan asal, dalam suhu bilik dan di tempat yang kering. Aspirin perlu dibuang sekiranya tablet mengeluarkan bau masam (seperti cuka).
Info copy from myhealth.gov.my

Admited ward Hypertension

7/10/2014:

Actually gi KK untuk ruitine checkup...
Memang a week before tu bacaan yg ku ambil di rumah da mula tinggi.. so note dlm buku merah je la... Then bila periksa lagi still gk tinggi.. Doc bagi ubat then bacaan BP mula turun....
Tak habis di situ.... terpaksa pula pergi ke Klang untuk rujuk pakar.... naik ambulance lagi taw....
aduhhh... pdhal bole je jln x pening pon...

HTAR: sampai sane kena warded 1 hari... busan jgn ckp la... serabut dengan kepadatan para pesakit... rimas, nak tido pon x lena, bkn boleh merehatkan, lagi pening ade...

8/10/2014:

Doc pakar review, dia ckp bole balik... yahuuu..
Tapi still aku kena pantau BP nie... hmmm....

21 October 2014

Baby 3rd : Medication

Salam,

Untuk my third pregnancy, aku ambil keputusan untuk ambil vitamins dari shaklee.

  • Susu ESP
  • Vita-Lea
  • Ostematrix
  • B-Complex
  • Vita C 500mg
  • Omega Guard (aku plan makan 3rd trimester nanti)


Kurang 1 Vitamin dalam pic, sebab baru habis, Vitamin C




Omega Guard - belum start mkn lagi

Untuk ubat yang lain pula, aku diberi oleh KK untuk makan ubat Aspirin.. Ubatnya macam di bawah, yang dalam botol tu aku bubuh sendiri, senang tak berterabur.


Fungsi ubat Aspirin adalah seperti berikut :
  1. Sebagai Ubat Tahan Sakit
    Untuk melegakan kesakitan yang dialami akibat pening, sakit gigi, sakit otot, senggugut (period pain) dan sebagainya.
  2. Sebagai Ubat Cair Darah
    Penggunaan aspirin sebagai ubat cair darah perlu melalui preskripsi doktor. Ia berfungsi menghalang pembentukan platelet yang akan menyebabkan pembekuan darah dan seterusnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok. Aspirin digunakan oleh pesakit yang pernah mendapat serangan jantung atau strok, menerima pembedahan jantung (stent atau bypass) serta berisiko tinggi mendapat serangan jantung.
So dalam kes ibu mengandung ni, aku kena ambil supaya darah tu cair sedikit dan flow darah ke baby tu lebih sempurna gitu lah...
Aku kena ambil 1/4 sehari
Dan disarankan 2 weeks before delivery,
aku kena stop ubat ni

1 sachet sehari.
Aku makan before tidur.

Selain dari ubat kat atas, vitamin tambahan aku ambil Juzq30, sila lihat Info Juzq30

JuzQ30 merupakan satu produk makanan tambahan yang diformulasikan daripada Air, Glukosa, Za'tar, Manna, Pegaga, Ginkgo, Kismis, Kurma, Delima, Badam, Garam bukit dan Perisa Blackcurrant yang bermutu tinggi dan ianya dipercayai dan diyakini dapat meningkat Aras Kecerdasan Minda (IQ)

Last sekali, Insulin.

Insulin ni aku kena cucuk.. Memandangkan mase BSP hari tu, bacaan aku tinggi sewaktu pagi (puasa), so aku kena cucuk insulin ni sebelah malam, sebanyak 6 unit.

Bekas insulin pen

Rupa insulin, macam air kelapa jer,
3ml ni dalam 1bln++ boleh tahan.


20 October 2014

Baby 3rd : Cronology 1st Trimester

Alhamdulillah Syukur Ya ALLAH...

Sepanjang fasa 1st trimester ni, aku cukup berhati² dalam menjaga pregnancy kali ni..
Yelah.. Mengikut pengalaman sebelum ni, risau bleeding berulang..
So, since tahu pregnant, aku memang dah buat buku merah awal².. Mengelak sebanrang kemungkinan supaya dapat dicegah lebih awal kan...

Kalau dulu Uzair, aku berulang ke KK 2 minggu/sekali, sekarang ni pulak... hampir seminggu/sekali berulang checkup sebab pada mula hari tu bacaan MGTT selepas puase tinggi.. mase uzair dulu pon tinggi jgk...

Kes 1:


Ok sila lihat carta di atas:-

So keputusan bacaan aku,
Puase : 5.5
2 jam selepas glukosa diambil : 11.2

see, 11.2 makanya aku adalah di golongan ibu diabetes...
Liva Panda emoticon
owh itu tersangat la tidak bagus hokeyyy...
Jadi terpaksalah aku buat BSP (Blood Profile)
Alaa yang ambik darah 4x sehari tu...
Then keesokan harinya mesti refer doc untuk pemantauan...

Dipendekkan citer, hasil daripada 4 bacaan yg kena ambik tu... every morning puase mesti bacaan tinggi...
Sepatut nya below 5.2(jika puase), tetapi aku pula setiap kali ambil mesti 5.8,5.9.5.6...
Liva Panda emoticon
Huhh.. nyampah betul...
So, dipendekkan citer lagi... so aku terpakse lah mengambil Insulin atas arahan doctor...
Hmmm... Tak terfikir dek jangkauan minda ni langsung yang aku terpakse cucuk insulin pregnancy kali ni..
aku Redha... demi mu anak..

Kes 2:

BP tinggi... Actually before pregnancy aku dah on ubat untuk pregnancy..
tapi since pregnant, aku tak makan ubat, tapi bacaan BP on control...
Syukur lah.. buat mase ni x perlu mkn ubat BP lah...
Cuma Doc bagi ubat aspirin untuk mencairkan darah sedikit, untuk aliran darah ke baby lebih lancar.

Lain² hal: Obesiti... hmm... ok.
littlegirlemoticon
                                     

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails